Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 21-22 daripada 22 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPenerangan Kursus
 
21OPERASI PENGEMASAN SINGLE TIER280Tahap 2
Kursus ini memberikan pendedahan kepada perantis/pelatih mengenai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengemasan dan pembersihan di kawasan hotel seperti katil, bilik tetamu, bilik air, kawasan awam, pool serta pembersihan bagi dobi dan linen.
Perantis/pelatih juga didedahkan kepada cara untuk menggendalikan peralatan dan bahan kimia, serta diberi pengetahuan mengenai prosedur bagi menguruskan khidmat pelanggan, prosedur mengurus tetamu VIP serta prosedur pengurusan inventori.

Tahap 3
Kursus ini memberikan pendedahan kepada perantis/pelatih mengenai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengemasan dan pembersihan di kawasan hotel/penginapan umumnya dan khususnya kepada pemeriksaan kualiti pengemasan, perkhidmatan pengemasan bagi VIP, susunan bunga & aksesori dalam pengemasan, kawalan stok & inventori, penyelenggaraan pencegahan bagi pengemasan serta pengurusan dalam pentadbiran kakitangan atau staff pengemasan.
Kursus Penyeliaan Operasi Pengemasan ini adalah berlandaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
22OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN SINGLE TIER300Tahap 2
Kursus ini memberikan pendedahan kepada perantis/pelatih mengenai tugas dan tanggungjawab umum dan khusus sebagai seorang krew F&B. Kursus ini akan membantu perantis/pelatih menguasai perkara-perkara asas di dalam pengurusan operasi makanan dan minuman dan seterusnya memudahkan perantis/pelatih untuk mengaplikasikannya semula di dalam dunia pekerjaan.

Tahap 3
Kursus ini memberikan pendedahan kepada perantis/pelatih mengenai tugas dan tanggungjawab umum dan khusus sebagai seorang krew F&B. Kursus ini membantu perantis/pelatih menguasai perkara-perkara seperti pengendalian dalam perkhidmatan pelanggan, kawalan bil & cashiering, pengendalian tempahan, kawalan inventori serta penyeliaan operasi didalam pengurusan operasi makanan dan minuman dan seterusnya memudahkan perantis/pelatih untuk mengaplikasikannya semula di dalam dunia pekerjaan.