Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 1-4 daripada 4 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPenerangan Kursus
 
1DAKWAH ISLAM65Kursus ini menawarkan dua unit kompetensi iaitu Pelaksanaan Dakwah (Muslim) dan Pelaksanaan Dakwah (Peribumi)
2DAKWAH ISLAM90NOSS Dakwah Islam diletakkan di bawah seksyen (S) Aktiviti Pertubuhan Keahlian dan Kumpulan (949) Aktiviti Pertubuhan Keahlian Lain berdasarkan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 (Malaysia Standard Industrial Classification MSIC)). Struktur Pekerjaan bagi bidang Dakwah Islam dan Struktur Bidang Pekerjaan bagi bidang Dakwah bermula daripada tahap 1 sebagai Pembantu Am. Seterusnya, tahap 2 sebagai Penggerak Dakwah dan pada tahap 3 adalah Penyelaras Dakwah. Berdasarkan hasil dari sesi perbincangan, ahli panel bersetuju untuk menghasilkan NOSS Dakwah Islam ini bermula pada tahap 3. Pekerjaan tahap 1 dan 2 dimasukkan terus ke tahap 3. Unit kompetensi yang memenuhi syarat untuk menjadi kitaran kerja yang lengkap. Standard pekerjaan untuk Tahap 3 adalah juga berkembang dengan mempertimbangkan tahap tanggungjawab dan fungsi pekerjaan yang lebih tinggi.
3DAKWAH ISLAM5Kursus ini menawarkan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Dakwah Islam Tahap 3 yang berfokus kepada ilmu dan kemahiran berdakwah secara teori di Pusat Latihan dan amali di Syarikat SLDN bagi lima kompetensi unit iaitu CU 1 - Pelaksanaan Dakwah (Muslim), CU 2 - Pelaksanaan Dakwah (Bukan Muslim), CU 3 - Pelaksanaan Dakwah (Peribumi), CU 4 - Pelaksanaan Dakwah (Orang Asli) dan CU 5 - Pelaksanaan Dakwah (Orang Kurang Upaya). Pada kali ini, kursus dilaksanakan secara micro-credential bagi tiga kompentensi unit iaitu CU 1, CU 3 dan CU 5.
4DAKWAH ISLAM5Kursus Dakwah Islam ini ditawarkan untuk mendedahkan para perantis kepada kemahiran dan ilmu dakwah secara praktikal. Perantis akan mempelajari tentang keperluan dakwah, logistik dakwah, dakwah secara bersemuka dan melalui media sosial, bimbingan dan khidmat nasihat di samping berpeluang mempelajari pelaksanaan dakwah di lapangan. Kursus Dakwah Islam terdiri daripada lima unit kompetensi (CU) iaitu CU 1 - Pelaksanaan Dakwah kepada Muslim, CU 2 - Pelaksanaan Dakwah kepada Bukan Muslim, CU 3 - Pelaksanaan Dakwah kepada Peribumi, CU 4 - Pelaksanaan Dakwah kepada Orang Asli, dan Cu 5 - Pelaksanaan Dakwah kepada Orang Kurang Upaya.