Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 1-8 daripada 8 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPenerangan Kursus
 
1PENYELIAAN OPERASI MASJID264Kursus tahap 3 ini dicipta untuk mendedahkan perantis kepada penyeliaan operasi masjid, pengendalian tugas muazzin, pelaksana bacaan surah As-Sajadah (32) dan Al-Insan (76), pelaksanaan program asas fardu ‘ain, pengendalian pengurusan jenazah, pelaksanaan tugas pengendalian teknologi maklumat serta pelaksanaan pengimarahan masjid.
2PENGOPERASIAN MASJID264Kursus ini adalah untuk mendedahkan perantis kepada pengendalian urusan dokumentasi masjid, pengendalian perkhidmatan masjid dan pengendalian tugas sokongan operasi masjid. Selain itu, perantis juga dikehendaki untuk melaksanakan bacaan surah Ad-Dhuha - surah Az-Zalzalah, surah Al-'Aadiyat - Quraisy dan surah Al-Maa'uun - An-Naas.
3PENYELIAAN OPERASI MASJID264Kursus SLDN Tahap 1 Pengoperasian Masjid mendedahkan perantis kepada pengendalian urusan dokumentasi masjid, pengendalian perkhidmatan kaunter masjid, pengendalian tugas sokongan operasi masjid, pelaksanaan bacaan Surah – Ad-Dhuha (93) - Az-Zalzalah (99), pelaksanaan bacaan Surah-Al-‘Aadiyat (100)-Quraisy (106) dan pelaksanaan bacaan Surah – Al Maa’uun (107) – An-Naas (114).

Bagi Kursus SLDN Tahap 2 Penyelarasan Operasi Masjid, perantis didedahkan dengan pengendalian pembersihan fasiliti masjid, pelaksanaan program masjid, pelaksanaan aktiviti pengindahan dan keceriaan masjid, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan masjid, pengendalian stor peralatan masjid, pengendalian keselamatan dan fasiliti masjid, pelaksanaan bacaan Surah – An-Naba’ (78) – Al-Inshiqaq (84) dan pelaksanaan bacaan
surah- Al-Buruj (85) – Al-Lail (92).

Bagi Kursus SLDN Tahap 3 Penyeliaan Operasi Masjid, perantis akan didedahkan dengan pengendalian tugas muazzin, pelaksanaan bacaan Surah- As-Sajadah (32) dan Al-Insan (76), pelaksanaan program asas fardu ‘ain, pengendalian pengurusan jenazah, pelaksanaan tugas pengendalian teknologi maklumat dan pelaksanaan pengimarahan masjid.
4PENGURUSAN MASJID240Kursus ini adalah untuk melantik perantis dalam bidang pengurusan masjid.
5PENGURUSAN MASJID240Kursus ini adalah untuk melatih perantis dalam bidang Pengurusan Masjid.
6PENYELARASAN OPERASI MASJID40Bagi kursus modular Tahap 2 CU1 iaitu Kendali Pembersihan Fasiliti Masjid memberi tumpuan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di dalam dan di luar masjid. Ia merangkumi pembersihan ruang hamam, ruang makan, serta bilik-bilik khusus. Tugas ini amat penting dalam memastikan kebersihan masjid terjaga demi keselesaan para jemaah dan pelawat.

Seterusnya, kursus modular Tahap 2 CU2 iaitu Laksana Program Masjid memainkan peranan penting dalam pengimarahan masjid melalui pelbagai program bermanfaat. Unit ini melibatkan perancangan dan penyediaan peralatan untuk program, penyelarasan kedudukan jemputan, pemantauan aktiviti program, dan pelaporan selepas program dilaksanakan. Keupayaan untuk melaksanakan program secara teratur dan sistematik membantu menjadikan masjid pusat aktiviti komuniti yang efektif.

Bagi memastikan persekitaran masjid kekal indah dan menyenangkan, kursus modular Tahap 2 CU3 iaitu Laksana Aktiviti Pengindahan dan Keceriaan Masjid bertanggungjawab mengenal pasti keperluan pengindahan, menyelenggara aset keceriaan, memeriksa tanaman landskap, serta merekodkan aset berkaitan. Aktiviti ini tidak hanya mencipta suasana masjid yang harmoni, tetapi juga menarik minat jemaah untuk terus mengimarahkan masjid.

Kursus modular Tahap 2 CU4 iaitu Selenggara Peralatan dan Kemudahan Masjid pula memastikan semua peralatan dan kemudahan masjid sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Aktiviti seperti penyelenggaraan peralatan, utiliti masjid, serta penyediaan laporan penyelenggaraan dilaksanakan dengan teliti. Dengan ini, masjid dapat terus beroperasi tanpa gangguan teknikal yang boleh menjejaskan kelancarannya.

Selain itu, kursus modular Tahap 2 CU5 iaitu Kendali Stor Peralatan Masjid menumpukan kepada pengurusan stor yang efisien. Semakan peralatan dan aset, inventori, serta penerimaan stok dilakukan bagi memastikan segala keperluan masjid diurus dengan rapi dan tersusun. Pendekatan ini penting untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan stok yang mencukupi untuk kegunaan harian.

Kursus modular Tahap 2 CU6 iaitu Kendali Keselamatan dan Fasiliti Masjid memberikan perhatian kepada aspek keselamatan masjid. Ia merangkumi pemantauan tugas keselamatan, pemeriksaan peralatan, fasiliti, dan keselamatan jemaah. Langkah-langkah ini diambil bagi menjamin kesejahteraan semua pihak yang berada di masjid.
Kursus modular Tahap 2 CU7, perantis akan didedahkan dengan pelaksanaan bacaan Surah – An-Naba’ (78) – Al-Inshiqaq (84)

7PENGOPERASIAN MASJID40Kursus modular Tahap 1 CU1 merangkumi pengendalian urusan dokumentasi masjid yang melibatkan pelaksanaan perekodan, penyediaan, dan pengedaran dokumentasi masjid serta pemeriksaan penggunaan peralatan operasi masjid. Aktiviti ini memastikan pengurusan dokumentasi dilakukan secara sistematik dan efisien.

Kursus modular Tahap 1 CU2 pula memberi fokus kepada pengendalian perkhidmatan kaunter masjid. Tugas utama termasuk melaksanakan perkhidmatan kaunter hadapan, menjalankan komunikasi awam, mengatur temu janji pelawat, dan memantau keselamatan di kaunter masjid. Ini bertujuan untuk memastikan urusan di kaunter berjalan lancar dan profesional.

Kursus modular Tahap 1 CU3 melibatkan tugas sokongan operasi masjid. Aktiviti ini merangkumi penyediaan jadual tugas pegawai masjid, pencatatan arahan tugas, pengurusan keperluan logistik, pelaksanaan perolehan masjid, serta pengendalian aktiviti kewangan. Selain itu, ia juga melibatkan penyelarasan operasi masjid, pengurusan keperluan ahli kariah, dan pengemaskinian laporan operasi. Aktiviti ini penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi masjid secara keseluruhan.

Kursus modular Tahap 1 CU4 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Az-Zalzalah. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran.

Kursus modular Tahap 1 CU5 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-‘Aadiyat hingga Surah Quraisy. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah.
8PENYELIAAN OPERASI MASJID40Tahap 3 CU1 iaitu Kendali Tugas Muazzin memberikan penekanan kepada memeriksa jadual waktu solat, melaungkan azan serta iqamah di setiap waktu solat, mengalunkan taslim dan bacaan ayat Al-Quran dan melaksanakan aktiviti solat-solat sunat.

Tahap 3 CU3 pula iaitu Laksana Program Asas Fardu ‘Ain memberi penekanan kepada kendali program asas ilmu tauhid, kendali program asas ilmu fiqh taharah, kendali program asas ilmu fiqh ibadah (solat), kendali program asas ilmu fiqh ibadah (wanita), kendali program ilmu fiqh sembelihan, kendali program asas ilmu tasawuf dan
akhlak