Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 1-3 daripada 3 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPenerangan Kursus
 
1OPERASI PENGUMPULAN SISA PEPEJAL 80Kursus ini mendedahkan perantis kepada pengetahuan dan kemahiran dalam operasi kutipan sisa pepejal berdasarkan keperluan Kekunci Petunjuk Prestasi (KPI) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Perantis akan didedahkan mengenai keperluan dan sumber yang diperlukan di dalam operasi kutipan sisa pepejal dan mampu mengendalikan kerja kutipan.

Perantis juga akan dilatih mengendalikan situasi kontigensi secara efisien bagi menangani sebarang kejadian kecemasan semasa bertugas di lapangan.
2PENYELIAAN OPERASI PENGUMPULAN SISA PEPEJAL 80Perantis yang mengikuti kursus ini akan didedahkan berkenaaan pengumpulan maklumat operasi pengumpulan sisa pepejal iaitu membuat susun atur laluan, kenderaan dan tenaga kerja agar ianya memenuhi keperluan akta dan pihak berkuasa tempatan. Perantis akan dibimbing dalam aspek penyeliaan operasi pengumpulan sisa pepejal, kaedah pengendalian dan penyelesaian aduan awam, pelaksanaan latihan kutipan sisa pepejal, dan penyeliaan kontigensi di lapangan.

Perantis yang diakui kompeten melalui kursus ini seharusnya mampu mengenal pasti keperluan dan sumber yang mencukupi dalam menyusun atur aktiviti kutipan sisa pepejal di sesebuah kawasan. Perantis juga seharusnya mampu membahagi tugasan pekerja serta mahir mengendalikan dan menyelesaikan aduan awam. Di samping itu graduan yg telah diperaku kompeten mampu untuk menyedia dan mengendali On-Job Training serta mengendalikan situasi kontigensi di lapangan.
3OPERASI PENGUMPULAN SISA PEPEJAL 96Kursus ini mendedahkan perantis kepada pengetahuan dan kemahiran dalam operasi kutipan sisa pepejal berdasarkan keperluan Kekunci Petunjuk Prestasi (KPI) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).
Perantis akan didedahkan mengenai keperluan dan sumber yang diperlukan di dalam operasi kutipan sisa pepejal dan mampu mengendalikan kerja kutipan. Perantis juga akan dilatih mengendalikan situasi kontigensi secara efisien bagi menangani sebarang kejadian kecemasan semasa bertugas di lapangan.