Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 1-4 daripada 4 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPenerangan Kursus
 
1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH5Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur
4 hingga 6 tahun dalam jangka masa dua tahun sebelum mereka memasuki alam Pendidikan secara format iaitu tahun
satu di sekolah rendah.
Terdapat pelbagai pendekatan yang digunapakai dalam Pendidikan Prasekolah iaitu sama ada pendekatan berpusatkan
murid ataupun berpusatkan kepada guru. Kelebihan setiap pendekatan akan ditonjolkan melalui kreativiti yang
disampaikan oleh guru itu sendiri. Pelatih yang mengikuti program ini akan diterapkan dengan pelbagai kaedah
pengurusan murid, kelas, pelaksanaan aktiviti kanak-kanak yang menarik dan kreatif bagi memudahkan pelatih apabila
berada di tadika nanti.
2PENYELIAAN, PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK5Program penyeliaan ini adalah kesinambungan kepada program kemahiran yang dipelajari pada tahap SKM 3 bagi melengkapkan lagi kemahiran serta pengetahuan dalam penyeliaan pengurusan awal kanak-kanak secara pedagogi dan intelektual. Pendedahan dari aspek perkembangan kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak adalah berdasarkan silibus PERMATA yang merangkumi 7 tahap perkembangan kanak-kanak iaitu Perkembangan Fizikal, Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik, Perkembangan Pemahaman Deria dan Dunia Persekitaran, Perkembangan Bahasa dan Literasi Awal, Perkembangan Sahsiah, Sosio Emosi dan Kerohanian, Perkembangan kreativiti dan Estetika, Perkembangan Seni Kreatif dan Pergerakan Muzik dan Kemahiran Pemakanan Seimbang bagi kanak-kanak di bawah 4 tahun.
3PENGURUSAN PENTADBIRAN5Permintaan untuk kakitangan pengurusan pentadbiran yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pekerjaan semakin meningkat pada masa sekarang dan masa hadapan. Oleh yang demikian, keperluan untuk memenuhi kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini perlu ditambahbaik. Justifikasi ini adalah berdasarkan senario permintaan dan penawaran tenaga kerja dalam bidang pengurusan pentadbiran yang sangat kritikal disebabkan sifat kerja yang memerlukan kecekapan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti kerja teknikal atau profesional yang kompleks dilakukan dalam
Pelbagai konteks dan dengan tahap tanggungjawab peribadi yang besar dan
Autonomi. Peranan dan tanggungjawab terhadap kerja-kerja pemantauan kakitangan bawahan dan peruntukan sumber perlu dilaksanakan dengan berhemah. Program ini memberikan gambaran maklumat secara langsung kepada pelajar mengenai persekitaran kerja dalam pengurusan pentadbiran
4PENDIDIKAN PRA SEKOLAH JULAI 2024 INTAKE210Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa dua tahun sebelum mereka memasuki alam Pendidikan secara format iaitu tahun satu di sekolah rendah.

Terdapat pelbagai pendekatan yang digunapakai dalam Pendidikan Prasekolah iaitu sama ada pendekatan berpusatkan murid ataupun berpusatkan kepada guru. Kelebihan setiap pendekatan akan ditonjolkan melalui kreativiti yang disampaikan oleh guru itu sendiri. Pelatih yang mengikuti program ini akan diterapkan dengan pelbagai kaedah pengurusan murid, kelas, pelaksanaan aktiviti kanak-kanak yang menarik dan kreatif bagi memudahkan pelatih apabila berada di tadika nanti.