Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Kaca Kristal [SS-204-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-204-3:2012-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | REKABENTUK PRODUK KACA KRISTAL |
Penerangan CU | Reka bentuk produk kaca kristal adalah proses mewujudkan rekabentuk produk baru yang akan (diuji pasar bagi menepati kehendak pelanggan) dijual kepada pelanggan. Pereka produk kaca kristal akan membangunkan idea, konsep, membuat lakaran seterusnya menghasilkan sampel rekabentuk produk baru. Peranan pereka produk kaca kristal ini adalah untuk menggabungkan seni, sains, dan teknologi bagi mencipta rekaan produk baru yang berbentuk artistik, berfungsi dan menepati kehendak pasaran. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam rekabentuk produk kaca kristal ini adalah; kaji permintaan pasaran dan pelanggan, kaji kesesuaian bahan, hasilkan lakaran produk kaca kristal dan muktamadkan rekabentuk akhir produk kaca kristal. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan rekabentuk produk kaca kristal yang memenuhi permintaan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan produk kaca kristal yang baik. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan rekabentuk produk kaca kristal yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- Kaji permintaan pasaran dan pelanggan Kaji kesesuaian bahan Hasilkan lakaran produk kaca kristal Muktamadkan rekabentuk akhir produk kaca kristal |
Pra-Syarat | 0 |