Penerangan CU | Aktiviti pembungkusan SBW mentah siap bersih (Raw-clean EBN) ialah aktiviti membungkus dan melabel SBW mengikut keperluan syarikat dan peraturan pihak berkuasa. Kakitangan yang telah mahir dalam aktiviti pembungkusan SBW mentah siap bersih (Raw-clean EBN) mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan aktiviti pembungkusan SBW mentah siap bersih (Raw-clean EBN), mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan aktiviti pembungkusan SBW mentah siap bersih (Raw-clean EBN) SBW, menyediakan peralatan dan PPE untuk aktiviti pembungkusan SBW mentah siap bersih (Raw-clean EBN) SBW, melakukan aktiviti menimbang SBW, melakukan aktiviti membungkus SBW, melakukan aktiviti “cartoning”, memeriksa kod, kuantiti dan kualiti pembungkusan SBW dan mekodkan aktiviti pembungkusan SBW mentah siap bersih (Raw-clean EBN). Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menyediakan SBW yang telah siap diproses, dibungkus dan dilabel mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh syarikat. |