Job Description (JD)
Nama Program | Seni Sulaman Warisan [SS-024-3:2013] |
---|---|
Kod CU | SS-024-3:2013-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN SENI SULAMAN TANGAN |
Penerangan CU | Pembuatan Seni Sulaman Tangan fokus kepada sulaman yang telah diperbaharui dengan mengekalkan teknik sulaman sehingga menghasilkan produk yang berkualiti mengikut keperluan semasa. Seorang pekerja yang kompeten dalam Sulaman Tangan boleh membuat sulaman benang, sulaman riben dan membuat sulaman manik serta mampu menghasilkan produk berkualiti. Hasil daripada kemahiran kerja ini seorang pekerja boleh menghasilkan sulaman tradisional, meningkatkan dan mengekalkan tradisi sulaman. Kemahiran tradisi ini secara tidak langsung boleh di ubahsuai mengikut kegunaan terkini sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang berkualiti. |
Tempoh Latihan | 426 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan sulaman tradisional, meningkatkan dan mengekalkan tradisi sulaman. Kemahiran tradisi ini secara tidak langsung boleh di ubahsuai mengikut kegunaan terkini sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan: - Membuat Sulaman Manik - Membuat Sulaman Benang - Membuat Sulaman Reben |
Pra-Syarat | 0 |