Job Description (JD)
Nama Program | Seni Sulaman Warisan [SS-024-3:2013] |
---|---|
Kod CU | SS-024-3:2013-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN SENI SULAMAN NYONYA DAN KERAWANG |
Penerangan CU | Pembuatan Seni Sulaman Nyonya lebih halus juga dikenali di kalangan kaum Baba Nyonya Malaysia dan Sulaman Kerawang adalah kesinambungan sulaman Nyonya dengan penggunaan mesin industri untuk penggeluaran yang lebih pantas. Kedua-dua sulaman ini fokus kepada satu proses sulaman di mana mesin jahit lurus atau mesin sulaman industri yang telah direka khas digunakan untuk membuat corak pada tekstil. Proses yang menggerakkan gelungan ram ke kiri dan ke kanan atau ke hadapan dan ke belakang sehingga menghasilkan jahitan yang bercorak. Terdapat pelbagai jenis jahitan sulaman mesin yang boleh dihasilkan seperti jahitan Zig Zag, Lompat Sempit, Sarang Lelabah dan sebagainya. Seorang pekerja yang kompeten dalam penggunaan mesin sulaman boleh membuat sulaman halus dan berkerawang dengan menggunakan mesin manual dan industri. Kemahiran daripada kerja ini dapat menghasilkan seorang pekerja mahir yang kompeten di mana kehalusan menghasilkan setiap jahitan sulaman bergantung kepada kerja yang berperingkat tetapi secara berterusan. Mahir menggunakan mesin manual/ industri dengan cermat dan cekap supaya dapat menaikkan kualiti pengeluaran. |
Tempoh Latihan | 630 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan kehalusan sulaman bergantung kepada kerja yang berperingkat secara berterusan dan mahir menggunakan mesin manual/ industri dengan cermat dan cekap supaya dapat meningkatkan proses pengeluaran. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh: - Membuat Sulaman Nyonya dengan menggunakan mesin manual - Membuat Sulaman Kerawang dengan menggunakan mesin industri |
Pra-Syarat | 0 |