Job Description (JD)
Nama Program | Seni Sulaman Warisan [SS-024-3:2013] |
---|---|
Kod CU | SS-024-3:2013-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN DAN ETIKA KERJA SENI SULAMAN |
Penerangan CU | Pengurusan dan etika seni sulaman fokus kepada penyediaan perkhidmatan pelanggan, inventori dan penyelengaraan premis. Etika kerja dalam seni sulaman adalah satu siri aktiviti yang direka untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Seorang pekerja yang kompeten dalam pengurusan dan etika kerja dalam seni sulaman boleh melaksanakan perkhidmatan perhubungan pelanggan, melaksanakan kemahiran berkomunikasi, melaksanakan pengurusan stok dan inventori, menguruskan premis butik dan melaksanakan pengiraan kos produk. Hasil daripada kemahiran ini dapat menghasilkan seorang pekerja yang boleh berkomunikasi bersama pelanggan, boleh merancang, mengawal dan menganalisis stok inventori dan menguruskan operasi dengan cekap, berkesan, mudah dan cepat. Selain itu, boleh mengenal bahan dengan baik. |
Tempoh Latihan | 235 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh berkomunikasi bersama pelanggan, boleh merancang, mengawal dan menganalisis stok inventori dan menguruskan operasi dengan cekap, berkesan, mudah dan cepat. Selain itu, boleh mengenal bahan dengan baik dan boleh memahami pengetahuan produk dengan berkesan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh; - Melaksanakan perkhidmatan perhubungan pelanggan - Melaksanakan kemahiran berkomunikasi - Melaksanakan pengurusan stok dan inventori - Menguruskan premis butik - Melaksanakan pengiraan kos tempahan |
Pra-Syarat | 0 |