JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramSeni Sulaman Warisan [SS-024-3:2013]
Kod CUSS-024-3:2013-E02
CompetencyElektif
Tajuk CUPEMBUATAN SENI SULAMAN TRADISI
Penerangan CUPembuatan Sulaman Tradisi fokus kepada kerja sulaman menggunakan benang atau pita emas dan perak serta menggunakan pemidang untuk proses menyulam ke atas kain khas seperti jenis baldu, dan sutera. Sulaman Keringkam menggunakan bahan pita logam perak dan emas yang berasal dari India. Seni Tekat amat popular di kalangan orang Melayu terutamanya semasa upacara perkahwinan dan adat istiadat raja-raja Melayu. Seorang pekerja yang kompeten dalam Pembuatan Sulaman Tradisi boleh membuat Sulaman Keringkam dan membuat Sulaman Tekat. Hasil daripada kemahiran kerja ini dapat menghasilkan seorang pekerja yang boleh mengaplikasikan reka corak dan motif Tekat dan Keringkam yang halus serta mahir.
Tempoh Latihan108
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh mengaplikasikan reka corak dan motif Tekat dan Keringkam yang halus. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:
- Membuat Sulaman Keringkam
- Membuat Sulaman Tekat
Pra-Syarat0