Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PEMBALAKAN – PENEBANGAN [A022-003-2:2017] |
---|---|
Kod CU | A022-003-2:2017-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENEBANGAN POKOK BALAK BERARAH |
Penerangan CU | Penebangan pokok berarah merupakan jenis skop kerja bagi menentukan pokok ditebang dan tumbang pada arah yang ditentukan bagi memudahkan penarikan keluar dari kawasan penebangan. Kompetensi ini menerangkan kaedah penebangan dan pengataman balak dengan cara berkesan Calon yang kompetent akan berupaya menjalankan kerja-kerja awal sebelum penebangan pokok, melakukan kerja-kerja penebangan pokok, melakukan kerja-kerja mengatam dan pemotongan hujung (Cross cutting) dan mengisi laporan penebangan. Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menghasilkan kerja penebangan dan pemotongan pokok balak berarah yang dapat mengurangkan impak buruk kepada persekitaran didalam hutan |
Tempoh Latihan | 165 |
Objektif Pembelajaran | Penebangan pokok balak berarah adalah kemahiran untuk melakukan kerja-kerja penebangan pokok balak mengikut peraturan penebangan yang telah ditetapkan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:- • Menjalankan kerja-kerja awal sebelum penebangan pokok balak • Melakukan kerja-kerja penebangan pokok balak • Melakukan kerja-kerja mengatam dan pemotongan hujung (Cross cutting ) • Mengisi laporan penebangan balak |
Pra-Syarat | 0 |