Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PEMBALAKAN - PENARIKAN KAYU [A022-002-2:2017] |
---|---|
Kod CU | A022-002-2:2017-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN KESELAMATAN & KESIHATAN OPERASI PEMBALAKAN DAN PERHUTANAN |
Penerangan CU | Pengetahuan asas keselamatan dalam pembalakan merupakan kompetensi wajib yang harus ada pada pekerja pembalakan. Ia nya menjadi pengetahuan asas keselamatan dan kerja-kerja pembalakan yang mesti dipatuhi seperti memakai alat-alat perlindungan dan keselamatan diri, mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh syarikat dan lain-lain sebelum seseorang pekerja dibenarkan bekerja di kawasan hutan. Calon yang kompeten akan berupaya mengenalpasti jenis-jenis pokok, pengendalian jenis-jenis tandaan pada pokok, memilih alat-alat sukatan dan pengukuran kayu balak, mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mengendali situasi kecemasan - untuk diri sendiri dan mempraktikkan kerja-kerja berasaskan konsep asas Ergonomik Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan tenaga kerja yang mengetahui pengetahuan asas keselamatan & perhutanan dan mampu mematuhi segala peraturan tersebut untuk memastikan keselamatan semasa bekerja didalam hutan. |
Tempoh Latihan | 130 |
Objektif Pembelajaran | Pengetahuan asas perhutanan dan keselamatan & kesihatan pekerjaan adalah kemahiran bagi memastikan pengetahuan asas keselamatan dalam kerja-kerja pembalakan diketahuai dan diamalkan oleh pekerja-pekerja pembalakan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat; • Mengenalpasti jenis-jenis pokok • Pengendalian jenis-jenis tandaan pada pokok • Memilih alat-alat sukatan dan pengukuran kayu balak. • Mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan • Mengamalkan kaedah rawatan asas kecemasan • Mempraktikkan kerja-kerja berasaskan konsep asas ergonomik |
Pra-Syarat | 0 |