Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PEMBALAKAN - PENARIKAN KAYU [A022-002-2:2017] |
---|---|
Kod CU | A022-002-2:2017-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYEDIAAN OPERASI JENTERA BERAT – BULLDOZER DAN LOGFISHER |
Penerangan CU | Penyediaan operasi jentera berat merupakan jenis skop kerja bagi menyediakan dan menyelenggara jentera berat untuk kerja-kerja penarikan balak didalam hutan. Kompetensi ini menerangkan pengendalian selamat dan penyelenggaran jentera berat didalam kerja-kerja penarikan kayu balak didalam hutan. Calon yang kompeten akan berupaya kenalpasti penyediaan operasi jentera berat, mempraktikkan langkah-langkah keselamatan pengendalian jentera berat, memeriksa jentera berat sebelum injin dihidupkan, menghidupkan injin jentera berat, memereksa jentera berat selepas injin dihidupkan dan mempraktikkan pengendalian asas jentera berat Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan jentera berat bagi tujuan menarik balak dari kawasan penebangan dengan berkesan dan lancar |
Tempoh Latihan | 128 |
Objektif Pembelajaran | Penyediaan operasi jentera berat – Bulldozer dan Logfisher adalah kemahiran untuk menyediakan dan memeriksa jentera berat untuk digunakan bagi kerja-kerja penarikan kayu balak. Ianya bagi memastikan jentera tersebut didalam keadaan baik sebelum memulakan kerja-kerja penarikan kayu balak dilakukan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat; • Kenalpasti penyediaan operasi jentera berat. • Mempraktikkan langkah-langkah keselamatan pengendalian jentera berat – Bulldozer dan Logfisher • Memeriksa jentera berat sebelum injin dihidupkan. • Menghidupkan enjin jentera berat. • Memeriksa jentera berat selepas injin dihidupkan • Mempraktikkan pengendalian asas jentera berat |
Pra-Syarat | 0 |