Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Kraf Hasil Rimba [SS-103-2:2016] |
---|---|
Kod CU | SS-103-2:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KRAF BULUH & ROTAN |
Penerangan CU | Tajuk CU ini menerangkan kemahiran yang diperlukan dalam pembuatan pelbagai produk kraf berasaskan bahan buluh & rotan mengikut daya cipta, kreativiti, spesifikasi rekaan, dan kehendak pelanggan. Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti berkemampuan untuk melaksanakan proses-proses kerja pembuatan kraf buluh & rotan. Hasilan daripada ketrampilan ini ialah kebolehan menghasilkan produk kraf buluh & rotan yang berkualiti tinggi, berdaya saing dan menepati citarasa pasaran semasa. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Hasilan daripada ketrampilan ini ialah kebolehan menghasilkan produk kraf buluh & rotan yang berkualiti tinggi, berdaya saing dan menepati citarasa pasaran semasa. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :- • Kenalpasti peralatan pembuatan kraf • Pilih buluh / rotan • Potong buluh / rotan • Bersihkan buluh / rotan • Keringkan buluh / rotan • Awetkan buluh / rotan • Hasilkan kraf buluh / rotan • Selenggara peralatan, bahan & produk kraf |
Pra-Syarat | 0 |