Job Description (JD)
Nama Program | Penterjemahan Teks [PR-028-4:2016] |
---|---|
Kod CU | PR-028-4:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENTERJEMAHAN TEKS UMUM |
Penerangan CU | Penterjemahan teks umum merupakan kerja penterjamahan yang melibatkan tahap bahasa yang ringkas dan mudah. Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti jenis teks umum, analisis teks umum asal berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi leksikal dan makna, pilih padanan yang tepat, pindah maklumat dan mesej, struktur semula teks umum terjemahan berdasarkan kumpulan pembaca sasaran umum teks terjemahan dan hasilkan draf terjemahan pertama teks umum. Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan hasil kerja penterjemahan yang dilakukan mencapai maksud asal dengan tepat selain tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan mudah difahami disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan. |
Tempoh Latihan | 1200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja penterjemahan teks umum. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:- • Kenal pasti jenis teks • Analisis teks umum asal berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi leksikal dan makna • Pilih padanan yang tepat dalam penterjemahan teks umum • Pindah maklumat dan mesej dalam penterjemahan teks umum • Struktur semula teks umum terjemahan berdasarkan kumpulan pembaca sasaran umum teks terjemahan • Hasilkan draf terjemahan pertama teks umum |
Pra-Syarat | 0 |