JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenterjemahan Teks [PR-028-4:2016]
Kod CUPR-028-4:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENTADBIRAN PROJEK PENTERJEMAHAN
Penerangan CUPentadbiran projek penterjemahan merupakan kerja-kerja pentadbiran yang dilakukan dalam menguruskan sesuatu projek penterjemahan.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu terima bahan untuk diterjemah daripada pegawai atasan, pastikan ketekalan kosa kata, sediakan hasil terjemahan dalam format yang dikehendaki pelanggan, sediakan invois tugasan penterjemahan, sahkan pihak pelanggan telah menerima hasil terjemahan dan invois, terima bayaran daripada pelanggan dan buat susulan dengan pelanggan sekiranya bayaran tidak diterima dalam masa tertentu.

Hasil daripada keterampilan ini adalalah memastikan semua kerja-kerja pentadbiran yang terlibat dalam kerja penterjemahan ini dilakukan dengan teratur dan sistematik disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja pentadbiran projek penterjemahan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Terima bahan untuk diterjemah daripada pegawai atasan
• Pastikan ketekalan kosa kata
• Sediakan hasil terjemahan dalam format yang dikehendaki pelanggan
• Sediakan invois tugasan penterjemahan
• Sahkan pihak pelanggan telah menerima hasil terjemahan dan invois
• Terima bayaran daripada pelanggan
• Buat susulan dengan pelanggan sekiranya bayaran tidak diterima dalam masa tertentu
Pra-Syarat0