JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenterjemahan Teks [PR-028-4:2016]
Kod CUPR-028-4:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGGUNAAN PERISIAN PENTERJEMAHAN
Penerangan CUPenggunaan perisian penterjemahan merupakan pengendalian kerja penterjemahan menggunakan alat bantu dan perisian komputer khas. Perisian ini adalah penting dalam mengendalikan projek penterjemahan terutamanya apabila melibatkan jumlah projek yang banyak pada suatu-suatu masa. Perisian penterjemahan yang digunakan juga akan dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja penterjehamahan yang dilakukan disamping menjaga ketekalan dan kualiti terjemahan.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti alat bantu yang sesuai untuk kerja penterjemahan, kenal pasti perisian yang sesuai untuk kerja penterjemahan, muat naik teks sumber ke dalam perisian penterjemahan, pilih atau ubah suai cadangan terjemahan mengikut kesesuaian, semak keseluruhan teks terjemahan, serah fail terjemahan dalam format yang dikehendaki.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan calon mahir dalam menggunakan alat bantu dan perisian perisian penterjemahan dalam melaksanakan kerja-kerja penterjemahan disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan.
Tempoh Latihan600
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja penggunaan perisian penterjemahan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenal pasti alat bantu yang sesuai untuk kerja penterjemahan
• Kenal pasti perisian yang sesuai untuk kerja penterjemahan
• Muat naik teks sumber ke dalam perisian penterjemahan
• Pilih atau ubah suai cadangan terjemahan mengikut kesesuaian
• Semak keseluruhan teks terjemahan
• Serah fail terjemahan dalam format yang dikehendaki
Pra-Syarat0