JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan dan Penterjemahan Teks Khusus [PR-028-5:2016]
Kod CUPR-028-5:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENTERJEMAHAN TEKS TINGGI
Penerangan CUPenterjemahan teks tinggi merupakan kerja penterjamahan yang melibatkan tahap bahasa yang ringkas dan mudah.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti jenis teks tinggi, analisis teks tahap tinggi berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi struktur, makna dan retorik, pilih padanan yang tepat, pindah maklumat dan mesej, struktur semula teks tinggi terjemahan berdasarkan indeks kebolehbacaan teks terjemahan dan semak terjemahan yang dihasilkan dalam teks tinggi.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan hasil kerja penterjemahan yang dilakukan mencapai maksud asal dengan tepat selain tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan mudah difahami disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja penterjemahan teks tinggi. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenal pasti jenis teks
• Analisis teks tinggi asal berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi leksikal dan makna
• Pilih padanan yang tepat dalam penterjemahan teks tinggi
• Pindah maklumat dan mesej dalam penterjemahan teks tinggi
• Struktur semula teks tinggi terjemahan berdasarkan kumpulan pembaca sasaran umum teks terjemahan
• Hasilkan draf terjemahan pertama teks tinggi
Pra-Syarat0