JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan dan Penterjemahan Teks Khusus [PR-028-5:2016]
Kod CUPR-028-5:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBANGUNAN PANGKALAN DATA PENTERJEMAHAN
Penerangan CUPembangunan pangkalan data penterjemahan merupakan kerja pembangunan penyimpanan maklumat dan memori penterjemahan menggunakan perisian komputer khas. Perisian ini adalah penting dalam mengendalikan projek penterjemahan terutamanya apabila melibatkan jumlah projek yang banyak pada suatu-suatu masa. Pangkalan data penterjemahan yang digunakan juga akan dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja penterjehamahan yang dilakukan disamping menjaga ketekalan dan kualiti terjemahan.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti perisian yang sesuai untuk kerja penterjemahan, buat kerja persediaan bagi perisian yang dipilih, bangunkan pangkalan data penterjemahan dalam perisian penterjemahan, simpan fail pangkalan data perisian penterjemahan, kemas kini pangkalan data perisian penterjemahan.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja pembangunan pangkalan data penterjemahan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenal pasti perisian yang sesuai untuk kerja penterjemahan
• Buat kerja persediaan bagi perisian yang dipilih
• Bangunkan pangkalan data penterjemahan dalam perisian penterjemahan
• Simpan fail pangkalan data perisian penterjemahan
• Kemas kini pangkalan data perisian penterjemahan dari semasa ke semasa
Pra-Syarat0.