JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan dan Penterjemahan Teks Khusus [PR-028-5:2016]
Kod CUPR-028-5:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENILAIAN DAN PENYUNTINGAN TERJEMAHAN
Penerangan CUPenyuntingan dan penilaian teks terjemahan merupakan kerja-kerja menyemak dan membetulkan hasil terjemahan yang dilakukan.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu baca teks asal dan teks terjemahan, banding teks terjemahan dengan teks asal, kena lpasti kesilapan dalam teks terjemahan, betulkan kesilapan makna mengikut makna teks asal, betulkan kesilapan tatabahasa, pilih diksi yang sesuai berdasarkan kolokasi bahasa sasaran, betulkan kesilapan istilah, laras mengikut bidang murnikan teks terjemahan yang telah disunting dan buat penilaian kualiti dan kelulusan hasil terjemahan.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan semua kerja-kerja penyuntingan yang terlibat dalam kerja penterjemahan ini dilakukan dengan teratur dan sistematik.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja penyuntingan dan penilaian teks terjemahan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Baca teks asal dan teks terjemahan
• Banding teks terjemahan dengan teks asal
• Kenal pasti kesilapan dalam teks terjemahan
• Betulkan kesilapan makna mengikut makna teks asal
• Betulkan kesilapan tatabahasa
• Pilih diksi yang sesuai berdasarkan kolokasi bahasa sasaran
• Betulkan kesilapan istilah, laras mengikut bidang
• Murnikan teks terjemahan yang telah disunting
• Buat penilaian kualiti dan kelulusan hasil terjemahan
Pra-Syarat0