JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan dan Penterjemahan Teks Khusus [PR-028-5:2016]
Kod CUPR-028-5:2016-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMENTORAN PENTERJEMAH
Penerangan CUPementoran penterjemah merupakan tugas-tugas membimbing dan menyelia penterjemah-penterjemah baru yang kurang berpengalaman dalam kerja penterjemahan. Pementoran ini dilakukan bertujuan memastikan kualiti hasil terjemahan dan kemahiran menterjemah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti tugasan penterjemahan dan mentee penterjemah yang ada, latih dan bimbing mentee yang terpilih, selia kemajuan kerja mentee, nilai hasil kerja mentee dan sediakan laporan pementoran penterjemah.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan hasil terjemahan yang dilakukan oleh mentee penterjemah mencapai mutu yang dikehendaki. Disamping itu, pementoran ini juga dapat menjadi salah satu medium latihan kemahiran secara tidak langsung kepada penterjemah baru. Dengan ini, kemahiran penterjemahan akan sentiasa dapat disalurkan dan dikongsi dikalangan penterjemah.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja pementoran penterjemah. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenal pasti tugasan penterjemahan dan mentee penterjemah yang ada
• Latih dan bimbing mentee yang terpilih
• Selia kemajuan kerja mentee
• Nilai hasil kerja mentee
• Sediakan laporan pementoran penterjemah
Pra-Syarat0