JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan dan Penterjemahan Teks Khusus [PR-028-5:2016]
Kod CUPR-028-5:2016-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUPENTERJEMAHAN TEKS SAINS DAN TEKNOLOGI
Penerangan CUPenterjemahan teks sains dan teknologi merupakan kerja penterjamahan yang melibatkan tahap bahasa yang ringkas dan mudah.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti jenis teks sains dan teknologi, analisis teks sains dan teknologi berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi struktur, makna dan retorik, pilih padanan yang tepat, pindah maklumat dan mesej, struktur semula teks sains dan teknologi terjemahan berdasarkan indeks kebolehbacaan teks terjemahan dan semak terjemahan yang dihasilkan dalam teks sains dan teknologi.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan hasil kerja penterjemahan yang dilakukan mencapai maksud asal dengan tepat selain tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan mudah difahami disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja penterjemahan teks sains dan teknologi. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenal pasti jenis teks
• Analisis teks sains dan teknologi asal berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi leksikal dan makna
• Pilih padanan yang tepat dalam penterjemahan teks sains dan teknologi
• Pindah maklumat dan mesej dalam penterjemahan teks sains dan teknologi
• Struktur semula teks sains dan teknologi terjemahan berdasarkan kumpulan pembaca sasaran umum teks terjemahan
• Hasilkan draf terjemahan pertama teks sains dan teknologi
Pra-Syarat0