JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan dan Penterjemahan Teks Khusus [PR-028-5:2016]
Kod CUPR-028-5:2016-E02
CompetencyElektif
Tajuk CUPENTERJEMAHAN TEKS UNDANG-UNDANG
Penerangan CUPenterjemahan teks undang-undang merupakan kerja penterjamahan yang melibatkan tahap bahasa yang ringkas dan mudah.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti jenis teks undang-undang, analisis teks undang-undang berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi struktur, makna dan retorik, pilih padanan yang tepat, pindah maklumat dan mesej, struktur semula teks undang-undang terjemahan berdasarkan indeks kebolehbacaan teks terjemahan dan semak terjemahan yang dihasilkan dalam teks undang-undang.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan hasil kerja penterjemahan yang dilakukan mencapai maksud asal dengan tepat selain tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan mudah difahami disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja penterjemahan teks undang-undang. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenal pasti jenis teks
• Analisis teks undang-undang asal berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi leksikal dan makna
• Pilih padanan yang tepat dalam penterjemahan teks undang-undang
• Pindah maklumat dan mesej dalam penterjemahan teks undang-undang
• Struktur semula teks undang-undang terjemahan berdasarkan kumpulan pembaca sasaran umum teks terjemahan
• Hasilkan draf terjemahan pertama teks undang-undang
Pra-Syarat0