JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan dan Penterjemahan Teks Khusus [PR-028-5:2016]
Kod CUPR-028-5:2016-E03
CompetencyElektif
Tajuk CUPENTERJEMAHAN TEKS EKONOMI DAN PENGURUSAN
Penerangan CUPenterjemahan teks ekonomi dan pengurusan merupakan kerja penterjamahan yang melibatkan tahap bahasa yang ringkas dan mudah.

Calon yang terampil dalam CU ini haruslah mampu kenal pasti jenis teks ekonomi dan pengurusan, analisis teks ekonomi dan pengurusan berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi struktur, makna dan retorik, pilih padanan yang tepat, pindah maklumat dan mesej, struktur semula teks ekonomi dan pengurusan terjemahan berdasarkan indeks kebolehbacaan teks terjemahan dan semak terjemahan yang dihasilkan dalam teks ekonomi dan pengurusan.

Hasil daripada keterampilan ini adalah memastikan hasil kerja penterjemahan yang dilakukan mencapai maksud asal dengan tepat selain tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan mudah difahami disamping menjaga kualiti hasil kerja penterjemahan yang dilakukan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat kerja penterjemahan teks ekonomi dan pengurusan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenal pasti jenis teks
• Analisis teks ekonomi dan pengurusan asal berdasarkan indeks kebolehbacaan dan indeks kebolehterjemahan dari segi leksikal dan makna
• Pilih padanan yang tepat dalam penterjemahan teks ekonomi dan pengurusan
• Pindah maklumat dan mesej dalam penterjemahan teks ekonomi dan pengurusan
• Struktur semula teks ekonomi dan pengurusan terjemahan berdasarkan kumpulan pembaca sasaran umum teks terjemahan
• Hasilkan draf terjemahan pertama teks ekonomi dan pengurusan
Pra-Syarat0