JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKejurulatihan Lakon [R900-002-4:2016]
Kod CUR900-002-4:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENILAIAN KOMPETENSI PELAKON
Penerangan CUPenilaian Kompetensi menerangkan keterampilan dalam merancang, menyedia, dan melaksana penilaian kompetensi berpandukan kaedah dan prosedur sistem penilaian yang ditetapkan organisasi penyedia latihan.

Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk sediakan keperluan penilaian kompetensi pelakon, bangunkan instrumen penilaian kompetensi pelakon, laksanakan penilaian kompetensi pelakon dan kaji keberkesanan sistem penilaian kompetensi pelakon.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menilai kompetensi pelakon secara telus dan profesional berdasarkan kaedah dan prosedur sistem penilaian yang telah ditetapkan.

Tempoh Latihan60
Objektif PembelajaranHasilan daripada ketrampilan ini adalah keterampilan dalam menilai kompetensi pelakon secara telus dan profesional berdasarkan kaedah dan prosedur sistem penilaian yang telah ditetapkan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
1. Kaji keperluan penilaian kompetensi pelakon
2. Bangunkan instrumen penilaian kompetensi pelakon
3. Laksanakan penilaian kompetensi pelakon
4. Kaji keberkesanan sistem penilaian kompetensi pelakon
Pra-Syarat0