JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKejurulatihan Lakon [R900-002-4:2016]
Kod CUR900-002-4:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CULATIHAN GERAK FIZIKAL LAKON
Penerangan CULatihan Gerak Fizikal Lakon menerangkan keterampilan dalam melatih gerak tubuh pelakon dalam pementasan teater mengikut naskhah dan pengarahan.

Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini mampu untuk sediakan keperluan latihan gerak fizikal lakon, laksanakan latihan gerak fizikal lakon, nilai keberkesanan latihan dan rekodkan dokumentasi latihan.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam melatih pelakon mengolah tubuh dengan tujuan menzahirkan pergerakan seperti yang dikehendaki oleh naskhah.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasilan daripada ketrampilan ini adalah keterampilan dalam melatih pelakon mengolah tubuh dengan tujuan menzahirkan pergerakan seperti yang dikehendaki oleh naskhah. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
1. Rancang keperluan latihan gerak fizikal lakon
2. Laksana latihan gerak fizikal lakon
3. Nilai keberkesanan latihan gerak fizikal lakon
4. Rekodkan kemajuan latihan
Pra-Syarat0