JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Operasi Latihan Pemanduan [P854-004-3:2016]
Kod CUP854-004-3:2016-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAJARAN TEORI PEMANDUAN
Penerangan CUPengajaran Teori Pemanduan menerangkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek-aspek keselamatan dan peraturan yang perlu diamalkan semasa di jalan raya.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk sediakan keperluan pengajaran teori pemanduan, laksana sesi pengajaran teori pemanduan, nilai keberkesanan sesi pengajaran teori pemanduan dan sediakan laporan pembelajaran pemanduan.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah kebolehan mengajar secara berkesan dan profesional bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran memenuhi hasrat untuk melahirkan pemandu yang berpengetahuan, cekap dan berhemah.
Tempoh Latihan200
Objektif Pembelajaranasil daripada unit kompetensi ini adalah kebolehan mengajar teori pemanduan secara berkesan dan profesional bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran memenuhi hasrat untuk melahirkan pemandu yang berpengetahuan, cekap dan berhemah. Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih untuk:-
1. Sediakan keperluan pengajaran teori pemanduan
2. Laksana sesi pengajaran teori pemanduan
3. Nilaikan keberkesanan pengajaran teori pemanduan
4. Sediakan laporan pengajaran teori pemanduan
Pra-SyaratN/A