JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Operasi Latihan Pemanduan [P854-004-3:2016]
Kod CUP854-004-3:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELIAAN KESELAMATAN, KESIHATAN & PERSEKITARAN INSTITUT MEMANDU
Penerangan CUPematuhan kepada aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran adalah faktor penting bagi memastikan operasi latihan memandu dilaksanakan dalam keadaan selamat dan terkawal mengikut peraturan dan garispanduan yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti keperluan, memeriksa pematuhan dan melaksanakan aktiviti keselamatan, kesihatan dan alam sekitar ketika latihan memandu.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dan kesedaran untuk memastikan keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan keselamatan, kesihatan dan penjagaan persekitaran dikuatkuasakan.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasilan daripada ketrampilan dan kesedaran ini adalah untuk memastikan keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan keselamatan, kesihatan dan penjagaan persekitaran dikuatkuasakan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
1. Kenalpasti keperluan keselamatan, kesihatan dan persekitaran
2. Periksa pematuhan keselamatan, kesihatan dan persekitaran
3. Pantau pelaksanaan aktiviti keselamatan, kesihatan dan persekitaran
Pra-SyaratN/A