Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Operasi Latihan Pemanduan [P854-004-3:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-004-3:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KHIDMAT PENAZIRAN INSTITUT MEMANDU |
Penerangan CU | Khidmat Penaziran Institut Memandu adalah kemahiran dalam melaksana tugasan melawat, memeriksa dan mengawas pusat latihan dan ujian bagi memastikan mutu pengajaran dan pengujian berada tahap yang memenuhi keperluan garis panduan JPJ. Personel yang terampil berupaya untuk melaksanakan penilaian sistem pengurusan, pengajar dan perlaksanaan kurikulum, pengajar, kemudahan serta aktiviti bimbingan Institut Memandu. Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan untuk mengawalselia kualiti institut memandu agar memenuhi keperluan piawaian dan peraturan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan untuk mengawalselia kualiti pusat latihan dan ujian agar memenuhi keperluan piawaian dan peraturan yang ditetapkan. Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih:- 1. Laksana penilaian sistem pengurusan institut memandu 2. Pantau pelaksanaan kurikulum pemanduan 3. Periksa kelayakan tenaga pengajar 4. Periksa kemudahan dan peralatan di institut memandu 5. Laksana aktiviti bimbingan institut memandu |
Pra-Syarat | N/A |