Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Operasi Latihan Pemanduan [P854-004-3:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-004-3:2016-E01 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | PENGAJARAN TEORI PEMANDUAN LESEN VOKASIONAL |
Penerangan CU | Pengendalian Pengajaran Teori Pemanduan Lesen Vokasional menerangkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek-aspek keselamatan dan peraturan yang perlu diamalkan semasa di jalanraya. Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk sediakan keperluan pengajaran teori pemanduan, laksana sesi pengajaran teori pemanduan, nilai keberkesanan sesi pengajaran teori pemanduan dan sediakan laporan pembelajaran pemanduan. Hasil daripada unit kompetensi ini adalah kebolehan mengajar secara berkesan dan profesional bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran memenuhi hasrat untuk melahirkan pemandu lesen vokasional yang berpengetahuan, cekap dan berhemah. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini adalah kebolehan mengajar teori pemanduan secara berkesan dan profesional bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran memenuhi hasrat untuk melahirkan pemandu lesen vokasional yang berpengetahuan, cekap dan berhemah. Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih untuk:- 1. Sediakan keperluan pengajaran teori pemanduan lesen vokasional 2. Laksana sesi pengajaran teori pemanduan lesen vokasional 3. Nilaikan keberkesanan pengajaran teori pemanduan lesen vokasional 4. Sahkan sijil dan sediakan laporan pengajaran teori pemanduan lesen vokasional |
Pra-Syarat | N/A |