Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Pengujian Pemanduan [P855-001-3:2016] |
---|---|
Kod CU | P855-001-3:2016-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELIAAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN INSTITUT MEMANDU |
Penerangan CU | Penyeliaan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran adalah kemahiran dalam menguatkuasa dan memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan, kesihatan dan persekitaran di pusat latihan & pengujian mengikut akta dan peraturan pihak berkuasa berkaitan. Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti keperluan, memeriksa pematuhan dan melaksanakan aktiviti keselamatan, kesihatan dan persekitaran ketika pengujian Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dan kesedaran untuk memastikan keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar dikuatkuasakan di pusat latihan & pengujian. |
Tempoh Latihan | 60 |
Objektif Pembelajaran | Hasilan daripada ketrampilan dan kesedaran ini adalah untuk memastikan keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran dikuatkuasakan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :- 1. Kenalpasti keperluan keselamatan, kesihatan dan persekitaran 2. Periksa pematuhan keselamatan, kesihatan dan persekitaran semasa hari ujian 3. Pantau pelaksanaan aktiviti keselamatan, kesihatan dan persekitaran di pusat ujian |
Pra-Syarat | N/A |