JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengujian Pemanduan [P855-001-2:2016]
Kod CUP855-001-2:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMERIKSAAN KENDERAAN UJIAN
Penerangan CUPemeriksaan Kenderaan Ujian adalah kemahiran dalam memeriksa keadaan luaran, ruangan enjin, peralatan keselamatan, ruangan pemandu, alat kawalan kenderaan dan komponen-komponen utama lain bagi menentukan status kebolehgunaan kenderaan ujian.
Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti, memeriksa, menguji kebolehgunaan kenderaan ujian serta melaporkan hasil pemeriksaan kenderaan ujian.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan untuk mengesahkan kebolehgunaan kenderaan supaya operasi pengujian berjalan lancar dan selamat.
Tempoh Latihan40
Objektif PembelajaranHasilan daripada ketrampilan ini adalah kebolehan dalam membuat pemeriksaan serta pengesahan peralatan dan kenderaan ujian sesuai digunakan pada hari ujian bagi mengelak gangguan dan kemalangan semasa ujian. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
1. Kenalpasti kenderaan ujian
2. Periksa keadaan kenderaan (statik)
3. Uji pandu kenderaan.
4. Lapor hasil pemeriksaan kenderaan ujian
Pra-SyaratN/A