JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengujian Pemanduan [P855-001-2:2016]
Kod CUP855-001-2:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGUJIAN PEMANDUAN KELAS B, D & E
Penerangan CUPengujian Pemanduan Kelas B, D dan E adalah kemahiran dalam menilai kecekapan calon mengendali motosikal / motokar / motokar berat bagi menentukan kelayakan mendapatkan lesen memandu yang berkaitan mengikut prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan.

Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti keperluan penilaian ujian pemanduan, melaksanakan ujian teori, menguji calon di litar dan jalan raya bagi Motosikal-Lesen Kelas A, B & C, Motokar-Lesen Kelas A1, D & DA, Motokar Berat- Lesen Kelas E, E1 & E2.


Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan untuk menentukan keputusan penilaian kemahiran memandu berdasarkan prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasilan daripada ketrampilan ini adalah kebolehan dalam memberikan keputusan penilaian kemahiran memandu berdasarkan prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan.. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
1. Kenalpasti keperluan penilaian ujian pemanduan
2. Laksana ujian teori.
3. Uji calon di litar (Motosikal Kelas A, B dan C)
4. Uji calon di jalan raya (Motosikal Kelas A, B dan C)
5. Uji calon di litar (Motokar Kelas A1, D dan DA)
6. Uji calon di jalan raya (Motokar Kelas A1, D dan DA)
7. Uji calon di litar (Motokar Berat Kelas E, E1 & E2)
8. Uji calon di jalan raya (Motokar Berat Kelas E, E1 & E2)
Pra-SyaratN/A