JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengujian Pemanduan [P855-001-2:2016]
Kod CUP855-001-2:2016-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN INSIDEN
Penerangan CUPengendalian insiden adalah menjadi tugasan yang harus dikendalikan oleh penguji dalam memastikan tindakan yang sesuai apabila berlakunya insiden berdasarkan prosedur dan garispanduan yang ditetapkan.

Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti jenis insiden, melaksanakan pelan situasi kecemasan, mengawal dan melapor keadaan insiden.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan mengendalikan hal-hal luar jangkaan bagi memastikan operasi pengujian berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
Tempoh Latihan40
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dan kesiapsiagaan mengendalikan hal-hal luar jangkaan bagi memastikan diri, calon ujian, orang awam dan harta benda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih untuk:-
1. Kenalpasti jenis insiden
2. Laksana pelan situasi kecemasan
3. Kawal keadaan insiden
4. Sedia laporan insiden
Pra-SyaratN/A