Job Description (JD)
Nama Program | Pengujian Pemanduan [P855-001-2:2016] |
---|---|
Kod CU | P855-001-2:2016-E01 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | PENGUJIAN PEMANDUAN KELAS F, G, H & I |
Penerangan CU | Pengujian Pemanduan Kelas F, G, H dan I adalah kemahiran dalam menilai kecekapan calon mengendali traktor / jentera ringan / berat beroda dan berantai bagi menentukan kelayakan mendapatkan lesen memandu yang berkaitan mengikut prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan. Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti keperluan penilaian ujian pemanduan, melaksanakan ujian teori, menguji calon di litar dan jalan raya bagi Traktor / Jentera Ringan / Berat Beroda (Kelas F & H) dan Traktor / Jentera Ringan / Berat Berantai (Kelas G & I). Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan untuk menentukan keputusan penilaian kemahiran memandu berdasarkan prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 120. |
Objektif Pembelajaran | Hasilan daripada ketrampilan ini adalah kebolehan dalam memberikan keputusan penilaian kemahiran memandu berdasarkan prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan.. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :- 1. Kenalpasti keperluan penilaian ujian pemandua 2. Laksana ujian teori 3. Uji calon pemanduan (Traktor / Jentera Ringan / Berat Beroda Kelas F dan H) 4. Uji calon pemanduan (Traktor / Jentera Ringan / Berat Berantai Kelas G dan I) |
Pra-Syarat | N/A |