JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengujian Pemanduan [P855-001-2:2016]
Kod CUP855-001-2:2016-E02
CompetencyElektif
Tajuk CUPENGUJIAN PEMANDUANLESEN VOKASIONAL
Penerangan CUPengujian Pemanduan Lesen Vokasional adalah kemahiran dalam menilai kecekapan calon mengendali Kenderaan Barangan (GDL) atau Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi menentukan kelayakan mendapatkan lesen memandu yang berkaitan mengikut prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan.

Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti keperluan penilaian ujian pemanduan, melaksanakan ujian teori, menguji calon di litar dan jalan raya bagi
Kenderaan Barangan (GDL) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan untuk menentukan keputusan penilaian kemahiran memandu berdasarkan prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasilan daripada ketrampilan ini adalah kebolehan dalam memberikan keputusan penilaian kemahiran memandu berdasarkan prosedur dan peraturan pelesenan pemandu yang ditetapkan.. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
1. Kenalpasti keperluan penilaian ujian pemanduan
2. Laksana ujian teori
3. Uji calon pemanduan kenderaan barangan (GDL)
4. Uji calon pemanduan kenderaan perkhidmatan awam (PSV) Bas
5. Uji calon pemanduan kenderaan perkhidmatan awam (PSV) Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa
Pra-SyaratN/A