Job Description (JD)
Nama Program | Pengajaran Pemanduan Motokar [P854-004-2:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-004-2:2016-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN INSIDEN |
Penerangan CU | Pengendalian Insiden adalah kemahiran dalam mengendalikan situasi luar jangkaan atau kecemasan bagi memastikan sesi pengajaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal berdasarkan prosedur dan garispanduan yang ditetapkan. Personel yang terampil akan berupaya untuk mengenalpasti jenis insiden, melaksanakan pelan situasi kecemasan, mengawal dan melapor keadaan insiden. Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dan kesiapsiagaan mengendalikan hal-hal luar jangkaan bagi memastikan diri, calon ujian, orang awam dan harta benda sentiasa berada dalam keadaan selamat. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dan kesiapsiagaan mengendalikan hal-hal luar jangkaan bagi memastikan diri, calon ujian, orang awam dan harta benda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih untuk:- 1. Kenalpasti jenis insiden 2. Laksana pelan situasi kecemasan 3. Kawal keadaan insiden 4. Sedia laporan insiden |
Pra-Syarat | N/A |