Job Description (JD)
Nama Program | Pengajaran Pemanduan Motokar [P854-004-2:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-004-2:2016-E01 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | LATIHAN PEMANDUAN MOTOKAR BERAT (KELAS E) |
Penerangan CU | Kelas E ditakrifkan sebagai Motokar Berat yang Berat Tanpa Muatan (BTM) melebihi 7,500 kg. Latihan Pemanduan Motokar Berat (Kelas E) adalah kemahiran dalam melatih pelajar menggunakan kaedah dan teknik pemanduan yang betul semasa mengendalikan kenderaan di elemen-elemen litar dan jalan raya berdasarkan kurikulum pemanduan. Personel yang terampil akan berupaya untuk laksana persediaan latihan pemanduan motokar di jalan raya, beri taklimat latihan pemanduan motokar, laksana latihan pemanduan motokar di litar dan jalan raya, dan lapor aktiviti latihan pemanduan motokar. Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan pemanduan Motokar Berat (Kelas E) secara profesional dan pengendalian kenderaan oleh pelajar secara berhemah dan selamat dipastikan menepati keperluan kurikulum pemanduan. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan pemanduan Motokar Berat (Kelas E) secara profesional dan pengendalian kenderaan oleh pelajar secara berhemah dan selamat dipastikan menepati keperluan kurikulum pemanduan. Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih untuk:- 1. Laksana persediaan latihan pemanduan motokar berat kelas E di litar 2. Beri taklimat latihan pemanduan motokar berat kelas E 3. Laksana latihan pemanduan motokar berat kelas E di litar 4. Laksana latihan pemanduan motokar berat kelas E di jalan raya 5. Lapor aktiviti latihan pemanduan motokar berat kelas E |
Pra-Syarat | N/A |