JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengajaran Penunggangan Motosikal [P854-005-2:2016]
Kod CUP854-005-2:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CULATIHAN PENUNGGANGAN MOTOSIKAL DI JALAN RAYA
Penerangan CULatihan Penunggangan Motosikal di Jalan Raya adalah kemahiran dalam melatih pelajar menggunakan kaedah dan teknik penunggangan yang betul semasa mengendalikan motosikal di elemen-elemen jalan raya berdasarkan kurikulum pemanduan.

Personel yang terampil akan berupaya untuk
laksana persediaan latihan penunggangan di jalan raya, beri taklimat latihan penunggangan di jalan raya, laksana latihan penunggangan di jalan raya, dan lapor aktiviti latihan penunggangan di jalan raya.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan penunggangan di jalan raya secara profesional dan pengendalian motosikal oleh pelajar secara berhemah dan selamat dipastikan menepati keperluan kurikulum penunggangan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan penunggangan di jalan raya secara profesional dan pengendalian motosikal oleh pelajar secara berhemah dan selamat dipastikan menepati keperluan kurikulum penunggangan. Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih untuk:-
1. Laksana persediaan latihan penunggangan motosikal di jalan raya
2. Beri taklimat latihan penunggangan motosikal di jalan raya
3. Laksana latihan penunggangan motosikal di jalan raya
4. Lapor aktiviti latihan penunggangan motosikal di jalan raya
Pra-SyaratN/A