Job Description (JD)
Nama Program | Pengajaran Penunggangan Motosikal [P854-005-2:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-005-2:2016-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENILAIAN PRA-UJIAN PENUNGGANGAN MOTOSIKAL |
Penerangan CU | Penilaian Pra Ujian Pemanduan Motokar adalah kemahiran dalam melatih pelajar menggunakan kaedah dan teknik pemanduan yang betul semasa mengendalikan kenderaan di elemen-elemen litar dan jalan raya bagi menentukan tahap kelayakan pelajar untuk menduduki ujian sebenar penunggangan motosikal. Personel yang terampil akan berupaya untuk laksana persediaan penilaian pra ujian penunggangan motosikal, laksana pra ujian penunggangan motosikal di litar, laksana pra ujian penunggangan motosikal di jalan raya, dan lapor aktiviti pra ujian penunggangan motosikal. Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menilai tindakan dan cara pengendalian motosikal oleh pelajar bagi menentukan tahap kemahiran dan kelayakan untuk memiliki Lesen Memandu Pelajar (LDL). |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menilai tindakan dan cara pengendalian kenderaan oleh pelajar bagi menentukan tahap kemahiran dan kelayakan untuk memiliki Lesen Memandu Pelajar (LDL). Unit Kompetensi ini membolehkan pelatih untuk:- 1. Laksana persediaan penilaian pra ujian penunggangan motosikal 2. Laksana pra ujian penunggangan motosikal di litar 3. Laksana pra ujian penunggangan motosikal di jalan raya 4. Lapor aktiviti pra ujian penunggangan motosikal |
Pra-Syarat | N/A |