JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKonservasi Burung [HT-303-3:2015]
Kod CUHT-303-3:2015-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENANGKAPAN BURUNG
Penerangan CUPenangkapan burung adalah merupakan aktiviti bagi mendapatkan burung dengan menggunakan kaedah jaring / jerat / perangkap bagi tujuan peliharaan, komersial dan / atau pembiakan.
Kelulusan secara bertulis wajib diperolehi daripada Pihak Jabatan PERHILITAN dan pihak berwajib untuk menjalankan aktiviti ini.

Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh merancang untuk penangkapan burung, membina sangkar kuarantin sementara, memasang perangkap/ jerat/ jaring, kuarantin burung di lokasi penangkapan dan memindah hasil tangkapan ke pusat pembiakan.

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten dalam memilih lokasi, masa, kaedah penangkapan berdasarkan Garis Panduan World Pheasent Association (WPA) dan Garis Panduan Penangkapan Burung Jabatan PERHILITAN.
Tempoh Latihan188
Objektif PembelajaranMelahirkan individu yang berkompeten dalam memilih lokasi, masa, kaedah penangkapan berdasarkan Garis Panduan World Pheasent Association (WPA) dan Garis Panduan Penangkapan Burung Jabatan PERHILITAN. Kompetensi ini merangkumi;
• Merancang untuk penangkapan burung
• Membina sangkar kuarantin sementara
• Memasang perangkap/ jerat/ jaring burung
• Kuarantin burung di lokasi penangkapan
• Memindah hasil tangkapan ke pusat pembiakan
Pra-Syarat0