Job Description (JD)
Nama Program | Konservasi Burung [HT-303-3:2015] |
---|---|
Kod CU | HT-303-3:2015-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PERSAMPELAN BURUNG |
Penerangan CU | Persampelan burung adalah hasil tangkapan menggunakan kaedah persampelan yang sesuai mengikut spesies untuk penandaan, pengecaman spesies, pengambilan ukuran morfologi, kajian DNA dan dijadikan spesimen atau dilepaskan semula. Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh menentukan kawasan persampelan dan peralatan, logistik dan anggota petugas, melaksanakan kaedah persampelan, melaksanakan kaedah penandaan dan mengambil sampel DNA burung. Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten dalam mengecam spesies, merekod data morfologi, menanda burung dan mengambil sampel DNA tanpa mencederakan burung. |
Tempoh Latihan | 144 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten ini akan berupaya dan mahir menentukan kawasan persampelan, peralatan dan logistik, menjaring burung untuk persampelan, menggelang spesies burung, mengambil sampel DNA/ penyakit burung dan melaksanakan pengawetan burung. Setelah menyelesaikan kompetensi ini, individu ini mampu: 1.Menentukan kawasan persampelan peralatan dan logistik 2.Melaksanakan kaedah persampelan 3.Melaksanakan kaedah penandaan 4.Mengambil sampel DNA/penyakit burung |
Pra-Syarat | 0 |