Job Description (JD)
Nama Program | Konservasi Burung [HT-303-3:2015] |
---|---|
Kod CU | HT-303-3:2015-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBIAKBAKAAN BURUNG DALAM KURUNGAN |
Penerangan CU | Pembiakbakaan Burung Dalam Kurungan ialah program membiak pelbagai spesies burung dalam kurungan yang bersesuaian mengikut Garispanduan Taman Zoologi Di Malaysia, Peraturan-peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) Pindaan 2012, Peraturan-peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan Dalam Kurungan Komersial) 2013 dan Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (Proses Kuarantin Haiwan) 2011. Program ini bertujuan untuk menambah populasi spesies bagi penyelidikan, pelepasan semula ke habitat asal, pendidikan dan kesedaran awam, pelancongan, komersial, bank genetik dan zoo stock exchange mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh melaksanakan kuarantin induk baru, menentukan keperluan dan penempatan burung, memantau dan menilai kesihatan burung dan menentukan keberkesanan pembiakan burung. Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten dalam memilih induk yang dapat menambah populasi dan produktif. |
Tempoh Latihan | 318 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten ini akan berupaya dan mahir menjalankan tugas pembiakbakaan burung dalam kurungan. Setelah menyelesaikan kompetensi ini, individu ini mampu; • Melaksanakan kuarantin induk baru • Menentukan keberkesanan pembiakan burung • Melaksanakan penjagaan burung dalam kurungan |
Pra-Syarat | 0 |