JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKonservasi Burung [HT-303-3:2015]
Kod CUHT-303-3:2015-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPELEPASAN SEMULA BURUNG
Penerangan CUPelepasan semula burung adalah satu proses melepaskan spesis burung yang terancam dari Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) ke suatu habitat asal yang dikenalpasti bagi tujuan pengayaan spesis (species enrichment) dan mempertingkatkan populasi burung bagi mengurangkan risiko berlakunya kepupusan.

Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh menjalankan kajian asas kesesuaian habitat untuk pelepasan, menyediakan logistik dan krew pelepasan semula burung, memindahkan burung ke sangkar kuarantin adaptasi dan melepaskan burung ke habitat sebenar.

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang kompeten dalam memilih spesis burung, memilih kawasan pelepasan yang sesuai dan menjalankan proses pelepasan burung ke habitat asal mengikut IUCN Reintroduction Guideline.
Tempoh Latihan384
Objektif PembelajaranMelahirkan individu yang kompeten dalam memilih spesies burung, memilih kawasan pelepasan yang sesuai dan menjalankan proses pelepasan burung ke habitat asal mengikut IUCN Reintroduction Guideline. Kompetensi ini merangkumi;
• Mendapatkan maklumat kesesuaian habitat untuk pelepasan
• Menyediakan stok pelepasan, krew dan logistik pelepasan semula burung
• Memindahkan burung ke sangkar kuarantin adaptasi
• Melepaskan burung ke habitat semulajadi
• Melaksanakan program pasca pelepasan burung di habitat sebenar
Pra-Syarat0