JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKonservasi Burung [HT-303-3:2015]
Kod CUHT-303-3:2015-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALAN GANGGUAN BURUNG
Penerangan CUPengawalan gangguan burung adalah aktiviti untuk menguruskan aduan gangguan dan tindakan untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh spesis burung bagi tujuan mengelakkan kerosakan, kerugian, kemalangan, kesihatan, keselamatan dan ketenteraman awam.

Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh melaksanakan pengawalan gangguan burung di lapangan terbang, melaksanakan pengawalan gangguan burung di premis/perumahan dan melaksanakan pengawalan gangguan burung di kawasan pertanian dan akuakultur.

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang kompeten dalam menangani konflik manusia-burung dengan lebih teratur, sistematik dan berkesan.

Tempoh Latihan104
Objektif PembelajaranMelahirkan individu yang kompeten dalam menangani konflik manusia-burung dengan lebih teratur/ sistematik dan berkesan. Kompetensi ini merangkumi;
• Melaksanakan pengawalan gangguan burung di lapangan terbang
• Melaksanakan pengawalan gangguan burung di premis/perumahan
• Melaksanakan pengawalan gangguan burung di kawasan pertanian dan akuakultur
Pra-Syarat0