Job Description (JD)
Nama Program | Seni Lakon Teater [R900-002-3:2016] |
---|---|
Kod CU | R900-002-3:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKONAN TEATER MONOLOG / MONODRAMA |
Penerangan CU | Lakonan teater monolog/monodrama adalah persembahan yang dilakonkan seorang diri berdasarkan naskhah dipilih untuk menyampaikan cerita dan pemikiran watak secara verbal dan/atau bukan verbal, aksi dan emosi. Seorang pelakon Monolog/Monodrama boleh mempraktikkan olah tubuh, lontaran suara, variasi gerak, membuat improvisasi, pengucapan teks, konsentrasi lakon, membina perwatakan watak, melakukan persediaan persembahan, melakukan raptai penuh dan mempersembahkan pementasan monolog/ monodrama mengikut naskhah. Daripada keterampilan ini akan menghasilkan seorang pelakon yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh menterjemahkan watak di atas pentas dan berlakon seorang diri dengan penuh penghayatan. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketerampilan dalam unit kompetensi ini akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh menterjemahkan watak di atas pentas dan berlakon seorang diri dengan penuh penghayatan. Setelah melengkapkan CU ini pelatih boleh melakukan perkara seperti berikut : 1. Olah Tubuh Pelakon 2. Latih Lontaran Suara Pelakon 3. Latih gerak fizikal Pelakon 4. Latih Improvisasi lakon 5. Latih Konsentrasi Pelakon 6. Latih Pengucapan Teks 7. Bina Watak dan perwatakan 8. Bersedia untuk Persembahan 9. Lakukan Raptai Penuh Persembahan 10. Persembahkan Teater Monolog/Monodrama |
Pra-Syarat | 0 |