JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramSeni Lakon Teater [R900-002-3:2016]
Kod CUR900-002-3:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKONAN TEATER MODEN
Penerangan CULakonan teater moden adalah persembahan yang dibuat dengan pendekatan yang lebih realistik dari segi gaya lakon, emosi dan pengucapan. Pada kebiasaannya lakonan teater moden berdasarkan naskhah teater realisme yang menggambarkan situasi yang sebenar.

Seorang pelakon teater moden boleh melakukan olah tubuh, olah suara, gerak fizikal, improvisasi lakon, pengucapan teks, konsentrasi , membina perwatakan watak, persediaan persembahan dan persembahan penuh teater moden dalam pendekatan gaya lakon realistik mengikut naskhah.

Daripada keterampilan ini akan menghasilkan seorang pelakon yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh menterjemah watak di atas pentas, berlakon bersama rakan lakon dan mewujudkan variasi hubungan dengan watak lain di dalam persembahan teater moden dengan gaya lakonan realistik
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranIndividu yang berketerampilan dalam unit kompetensi ini akan menjadi seorang pelakon yang berkemahiran untuk menterjemah watak ke pentas dan mewujudkan variasi lakonan bersama rakan lakon dalam persembahan teater moden.

Setelah melengkapkan CU ini pelatih boleh melakukan perkara seperti berikut :
1. Olah Tubuh Pelakon
2. Latih Lontaran Suara Pelakon
3. Latih Gerak Fizikal Pelakon
4. Latih Improvisasi Lakon
5. Latih Konsentrasi Pelakon
6. Latih Pengucapan Teks
7. Bina Watak Dan Perwatakan
8. Bersedia Untuk Persembahan
9. Lakukan Raptai Penuh Persembahan
10. Persembahkan Teater Moden
Pra-Syarat0