Job Description (JD)
Nama Program | Seni Lakon Teater [R900-002-3:2016] |
---|---|
Kod CU | R900-002-3:2016-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKONAN TEATER PANTOMIM / TABLO / DEKON |
Penerangan CU | Lakonan teater pantomim/ tablo/ dekon merupakan satu bentuk persembahan yang menggunakan peranan narator yang akan menyampaikan cerita secara berasingan dan lakonannya dihiasi oleh pelakon-pelakon tanpa berdialog (kecuali dekon) diiringi oleh muzik. Persembahannya terdiri dalam bentuk tablorama, pantomim mahupun dekon. Tablorama, pantomim mahupun dekon adalah suatu bentuk seni yang menggabungkan unsur muzik, kelenturan tubuh dan ekspresi mimik muka dan tubuh dengan kadar yang sama kuatnya yang diolah menjadi satu kesatuan yang saling menunjang sehingga menghasilkan suatu cerita yang dapat difahami oleh penontonnya. Seseorang yang berupaya di dalam Seni Lakon Bernarator seharusnya boleh lakukan olah tubuh pelakon, latih lontaran suara, latih gerak fizikal, latih pengucapan teks, latih konsentrasi,latih perwatakan watak, latih beriringan muzik, lakukan raptai persembahan, dan lakukan raptai penuh persembahan mengikut naskhah dan Hasil pembelajaran pelakon akan mampu melakonkan setiap gerak kerja lakonan dan watak dengan menggunakan kaedah dan teknik seni lakon bernarator. |
Tempoh Latihan | 250 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketerampilan dalam Unit Kompitensi ini akan mampu melakonkan setiap gerak kerja lakonan dan watak dengan menggunakan kaedah dan teknik seni lakon bernarator. Setelah melengkapkan CU ini pelatih boleh melakukan perkara seperti berikut : 1. Olah Tubuh Pelakon 2. Latih Lontaran Suara Pelakon 3. Latih gerak fizikal Pelakon 4. Latih Improvisasi lakon 5. Latih Konsentrasi Pelakon 6. Latih Pengucapan Teks (Dekon) 7. Bina Watak dan perwatakan 8. Latih Lakonan Beriringan Muzik 9. Bersedia untuk Persembahan 10. Lakukan Raptai Penuh Persembahan 11. Persembahkan Teater Tradisional |
Pra-Syarat | 0 |