JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramSeni Lakon Teater [R900-002-3:2016]
Kod CUR900-002-3:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKONAN TEATER EKSPERIMENTAL
Penerangan CULakonan Eksperimental adalah persembahan teater yang memaparkan bentuk persembahan yang bukan realistik dan menggunakan pendekatan terkini atau yang masih belum diterokai.
Eksperimentasi meliputi aspek lakonan dari segi aksi fizikal, emosi dan idealogi watak.

Seorang pelakon Eksperimental boleh mempraktikkan olah tubuh, latih lontaran suara, latih gerak fizikal, latih improvisasi, latih konsentrasi, latih pengucapan teks, bina watak dan perwatakan, bersedia untuk persembahan, lakukan raptai penuh persembahan dan lakukan persembahan dengan cemerlang mengikut naskhah.

Daripada keterampilan ini akan menghasilkan seorang pelakon yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang bertepatan dengan kaedah dan teknik lakonan eksperimental dalam penerokaan baru mengikut naskhah dan kreativiti.

Tempoh Latihan260
Objektif PembelajaranIndividu yang berketerampilan dalam unit kompetensi ini akan mempunyai akan menghasilkan seorang pelakon yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang bertepatan dengan kaedah dan teknik lakonan terkini dalam penerokaan baru mengikut naskhah dan kreativiti.

Setelah melengkapkan CU ini pelatih boleh melakukan perkara seperti berikut:

1. Olah Tubuh Pelakon
2. Latih Lontaran Suara Pelakon
3. Latih Gerak Fizikal Pelakon
4. Latih Improvisasi Lakon
5. Latih Konsentrasi Pelakon
6. Latih Pengucapan Teks
7. Bina Watak dan Perwatakan
8. Bersedia untuk Persembahan
9. Lakukan Raptai Penuh Persembahan
10. Persembahkan Teater Eksperimental
Pra-Syarat0